Assalamualaikum...
Tetiba rase nak flashback
memories sewaktu vacation di Jogja, Indonesia dengan kawan2 (5 orang semuanya:
aimi, fatin, arina as our leader, inoi dan aku). Yang pada aku percutian ni
sangat-sangatla terbest skali. Percutian ni jadi sangat-sangatla terbest skali
mungkin atas faktor bersama kawan2 yang memang kepala otak giler2.
dan..dan..percutian selama seminggu ini menjadi lebih kerja gile sebab kami
pergi pertengahan final exam. Betul-betul punya giler kan? Seminggu lebih gap
paper sepatutnya diluangkan untuk study next paper, tapi kami...??
haaaiiissshhh... Tak pela, result semua gempak kan? Semua dapat dean's list kan? hehehe. kami juga menyambut Raya Haji di sana. Ha, sebelum tu, aku
nak ingatkan yang entry kali ni memang panjang jadi sila sediakan popcorn
disebalah anda,hahaha. Dah berbakul2 idea dalam otak ni nak tulis apa...
mungkin akan ade next part kot..insyaAllah.
Fuhh, kita mulakan dengan
bismillah...
Kisah ini bermula apabila Cik
Arina dan Cik Aimi tetiba bagitau aku 'farah, kau nak join tak pegi indon, Air
asia tengah buat promo wey! 70 hengget je pegi balik.' Aku yang sememangnya
pantang diajak tidak ditolak tanpa berfikir panjang pantas menjawab, ' giler
arr, book untuk aku skali, pape jadi blakang kire, book ticket dulu, nanti
kalau burn pun 70 hengget je, x rugi sangat kn.' Tak silap aku kami book ticket
dalam 6 bulan sebelum berlepas rasenye. Murah wey!!! hehehe... next semester
pun tiba, dan OMG, tarikh tu jatuh pada final exam week!!!! Mase tu memang dah
putus harapan. Dalam hati, takpelah takde rezeki lagi kot. *nangis sorang2
dalam bilik sambil muka tekup ngan bantal* wink!! tup tap tup tap, yeay, jadual
exam dirombak semula. Dan of coz la, takde paper sepanjang tarikh keberangkatan
sehingga kepulangan kami di sana. Baru boleh bernafas dengan lega sekali, eceh!
Sebelum tu poyo je plan nak bawak buku la, konon kalau ade mase boleh bace
sikit. Bajet kau pelajar nerd la konon-kononnye. hahaha. Namun, atas nasihat
Cik Arina yg merupakan pelajar tiptop, aku tinggalkan buku tu semua. Katanya
'kita nak enjoy, tinggalkan semua ni.' Baik mem!!!
Malam sebelum berlepas kitaorang
semua stay up. Errr..kecuali Cik Tin. Penat sangat mungkin, dok cari money charger merata malangnya semua tutup. Kami decide tukar di sana jelah. Aku dan Ari tunggu
si Inoi sampai dan kami lepaking di kedai makan dekat-dekat rumah Ari di
Damansara Utama. Aimi pulak dapat berita sedih yang sahabat sekolahnya meninggal
dunia jadi die pun balik la melawat jenazah sekejap. Borak punye borak sampai
penat kami pun pulang ke rumah. Tidur sekejap dalam 30 minit. 5am kami pun
gerak ke LCCT. flight pukul 7.10am.
Sampai-sampai je LCCT, terus cari
surau untuk subuh. 7am baru keluar surau terus berlari2 macam amazing race cari
gate. sekali kena marah dengan stewardess sebab lambat. Ingat lagi kata-kata
cik kak tu 'lain kali kalau lambat kami tinggal.' Amboii !!! Lari lagi sampai la naik flight. naik-naik je
semua pandang. rupe-rupenye kami last. Malunye... Aku tersesat sit jauh dari
dorang. Sit tepi tingkap dan sebelah aku mat saleh dan bini die kot. Tapi
mereka sanggat friendly siap nak tolong angkatkan beg aku lagi. Jangan jelez!
Dan aku habiskan masaku untuk
menikmati keindahan ciptaan Illahi. cantik sungguh ! cewahh.. sebenarnya aku
tidur je sampai la steward datang beri form.
Akhirnya kami sampai di Lapangan
Terbang Jogjakarta. Yeay! cek imegresen. Accesed. Kitaorang semua dah lepas
cuma inoi yang tertinggal. Rupa-rupanya die ditahan sebab passport kurang dari
6 bulan. waduuhh..gawat ni.! Tapi syukur die dilepaskan. Okey, ni citer
lawak..kami tunggu nak naik trem. akibat salah faham dan keadaan yang kelam
kabut, kami terpisah. Aku, fatin dan aimi naik trem tu, rupenye salah no trem.
Ari dan inoi dah panggil jangan naik tapi kami tak sempat keluar semula sebab
pintu dah tutup dan jalan. mase tu masing-masing blurrr.. otak macam kosong dan
saling pandang satu sama lain. Kitaorang dah suruh pemandu tu berhenti tapi die
jalan je wat donno je. aku pikir die tak faham ke. Aku jerit STOP!!! pun die
jalan. waduhhh...gimana??? Malu jangan cakaplah, nasib baik ni 1st and last
kita jumpa. haha. Kemudian ade sorang tante (makcik) ni bagi tau kami yang
trem ni tak boleh stop je. kalau silap turun next station and take another
trem, ni aku translated la. Padahal aku habuk pun tak paham pe die cakap. Bahase jowo kot. Nasib la si fatin ni faham sebab katanya neneknya di Sarawak
juga menggunakan bahasa seperti itu. Eloklah gitu. BTW, depa semua ni ramah-ramah. Terharu rasanya..wuuu.. So, kami pun turun di
stesen terakhir dan ambil trem lain yg akan ke first station kami tadi.
fuhhh!!! memang nak nangis. baru sampai dah jadi macam ni. 1 hari ni penuh
dengan cabaran betul, bermula kisah aimi kehilangan sahabat, naik flight lambat
nyaris kene tinggal, inoi ditahan imegresen dan SESAT. Malunya.....
awan nano..nano..nano... |
this we are..woo!!! |
Lapangan terbang Jogja. Emm, saya tahu ape dalam hati anda =) |
Keadaan dalam trem. Bus RapidKL much much better kot. |
Inilah tante yang bantu kami tu. Siap jemput datang rumah lagi tau. Ramah dan baik sekali. |
.....bersambung......
No comments:
Post a Comment