Saturday 15 September 2012

Friday 14 September 2012

Jogja-Pachitan-Solo (part 1)


Assalamualaikum...

Tetiba rase nak flashback memories sewaktu vacation di Jogja, Indonesia dengan kawan2 (5 orang semuanya: aimi, fatin, arina as our leader, inoi dan aku). Yang pada aku percutian ni sangat-sangatla terbest skali. Percutian ni jadi sangat-sangatla terbest skali mungkin atas faktor bersama kawan2 yang memang kepala otak giler2. dan..dan..percutian selama seminggu ini menjadi lebih kerja gile sebab kami pergi pertengahan final exam. Betul-betul punya giler kan? Seminggu lebih gap paper sepatutnya diluangkan untuk study next paper, tapi kami...?? haaaiiissshhh... Tak pela, result semua gempak kan? Semua dapat dean's list kan? hehehe. kami juga menyambut Raya Haji di sana. Ha, sebelum tu, aku nak ingatkan yang entry kali ni memang panjang jadi sila sediakan popcorn disebalah anda,hahaha. Dah berbakul2 idea dalam otak ni nak tulis apa... mungkin akan ade next part kot..insyaAllah.


Fuhh, kita mulakan dengan bismillah...
Kisah ini bermula apabila Cik Arina dan Cik Aimi tetiba bagitau aku 'farah, kau nak join tak pegi indon, Air asia tengah buat promo wey! 70 hengget je pegi balik.' Aku yang sememangnya pantang diajak tidak ditolak tanpa berfikir panjang pantas menjawab, ' giler arr, book untuk aku skali, pape jadi blakang kire, book ticket dulu, nanti kalau burn pun 70 hengget je, x rugi sangat kn.' Tak silap aku kami book ticket dalam 6 bulan sebelum berlepas rasenye. Murah wey!!! hehehe... next semester pun tiba, dan OMG, tarikh tu jatuh pada final exam week!!!! Mase tu memang dah putus harapan. Dalam hati, takpelah takde rezeki lagi kot. *nangis sorang2 dalam bilik sambil muka tekup ngan bantal* wink!! tup tap tup tap, yeay, jadual exam dirombak semula. Dan of coz la, takde paper sepanjang tarikh keberangkatan sehingga kepulangan kami di sana. Baru boleh bernafas dengan lega sekali, eceh! Sebelum tu poyo je plan nak bawak buku la, konon kalau ade mase boleh bace sikit. Bajet kau pelajar nerd la konon-kononnye. hahaha. Namun, atas nasihat Cik Arina yg merupakan pelajar tiptop, aku tinggalkan buku tu semua. Katanya 'kita nak enjoy, tinggalkan semua ni.' Baik mem!!!


Malam sebelum berlepas kitaorang semua stay up. Errr..kecuali Cik Tin. Penat sangat mungkin, dok cari money charger merata malangnya semua tutup. Kami decide tukar di sana jelah. Aku dan Ari tunggu si Inoi sampai dan kami lepaking di kedai makan dekat-dekat rumah Ari di Damansara Utama. Aimi pulak dapat berita sedih yang sahabat sekolahnya meninggal dunia jadi die pun balik la melawat jenazah sekejap. Borak punye borak sampai penat kami pun pulang ke rumah. Tidur sekejap dalam 30 minit. 5am kami pun gerak ke LCCT. flight pukul 7.10am.

Sampai-sampai je LCCT, terus cari surau untuk subuh. 7am baru keluar surau terus berlari2 macam amazing race cari gate. sekali kena marah dengan stewardess sebab lambat. Ingat lagi kata-kata cik kak tu 'lain kali kalau lambat kami tinggal.' Amboii !!!  Lari lagi sampai la naik flight. naik-naik je semua pandang. rupe-rupenye kami last. Malunye... Aku tersesat sit jauh dari dorang. Sit tepi tingkap dan sebelah aku mat saleh dan bini die kot. Tapi mereka sanggat friendly siap nak tolong angkatkan beg aku lagi. Jangan jelez!

Dan aku habiskan masaku untuk menikmati keindahan ciptaan Illahi. cantik sungguh ! cewahh.. sebenarnya aku tidur je sampai la steward datang beri form.

Akhirnya kami sampai di Lapangan Terbang Jogjakarta. Yeay! cek imegresen. Accesed. Kitaorang semua dah lepas cuma inoi yang tertinggal. Rupa-rupanya die ditahan sebab passport kurang dari 6 bulan. waduuhh..gawat ni.! Tapi syukur die dilepaskan. Okey, ni citer lawak..kami tunggu nak naik trem. akibat salah faham dan keadaan yang kelam kabut, kami terpisah. Aku, fatin dan aimi naik trem tu, rupenye salah no trem. Ari dan inoi dah panggil jangan naik tapi kami tak sempat keluar semula sebab pintu dah tutup dan jalan. mase tu masing-masing blurrr.. otak macam kosong dan saling pandang satu sama lain. Kitaorang dah suruh pemandu tu berhenti tapi die jalan je wat donno je. aku pikir die tak faham ke. Aku jerit STOP!!! pun die jalan. waduhhh...gimana??? Malu jangan cakaplah, nasib baik ni 1st and last kita jumpa. haha. Kemudian ade sorang tante (makcik) ni bagi tau kami yang trem ni tak boleh stop je. kalau silap turun next station and take another trem, ni aku translated la. Padahal aku habuk pun tak paham pe die cakap. Bahase jowo kot. Nasib la si fatin ni faham sebab katanya neneknya di Sarawak juga menggunakan bahasa seperti itu. Eloklah gitu. BTW, depa semua ni ramah-ramah. Terharu rasanya..wuuu.. So, kami pun turun di stesen terakhir dan ambil trem lain yg akan ke first station kami tadi. fuhhh!!! memang nak nangis. baru sampai dah jadi macam ni. 1 hari ni penuh dengan cabaran betul, bermula kisah aimi kehilangan sahabat, naik flight lambat nyaris kene tinggal, inoi ditahan imegresen dan SESAT. Malunya.....

Jom layan gambar-gambar kami! 

awan nano..nano..nano...

this we are..woo!!!

Lapangan terbang Jogja. Emm, saya tahu ape dalam hati anda =)
Keadaan dalam trem. Bus RapidKL much much better kot.


Inilah tante yang bantu kami tu. Siap jemput datang rumah lagi tau.
 Ramah dan baik sekali.


.....bersambung......   

Thursday 13 September 2012

WELCOME TO ME

Umm. Assalamualaikum.

Nebes! how to start..? like cliche in first post 'Tada!!! Welcome to me! Yeay!! Anyway, lookie! I have a life blog now, wooo..! New blog exist because of bored life while waiting for sambung belajar la. Um. Rase macam I should say 'Goodbye' now or sumthing. even probbably no one will read this but myself. And maybe KakSYa or Cemah (dipakse).. Hello, both of u! haha!

*very simple entry huh?*